Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel akui terkesan dengan komen yang ditinggalkan seorang pengguna di laman sosial seperti yang tular baru-baru ini.
Menerusi komen terbabit, Aeril dituduh terlalu manjakan isterinya, Wawa Zainal dan menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial hingga dianggap riyak.
BACA: Netizen Kata Aeril Zafrel Terlalu Manjakan Wawa Zainal - "Dahlah Manja, Nak Bina Masjid Tunjuk-Tunjuk"
Mengulas mengenai perkara terbabit, kata Aeril tindakan yang dilakukannya itu normal bagi pasangan yang berkahwin cuma menjadi perhatian memandangkan status mereka sebagai pasangan selebriti.
"Sudah tentu sebagai seorang manusia, ada rasa geram juga. Tapi bagi saya, apa yang saya kongsikan di laman sosial tidak la keterlaluan sangat dan terlalu berkongsi lifestyle.
"Bagi saya, apa yang saya buat dengan isteri... ramai orang di Malaysia pun buat benda sama. Cumanya kami berstatus selebriti, kadang-kadang orang nampak macam kami menunjuk-nunjuk.
"Tapi benda itu perkara biasa... bila suami dengan isteri, bermain dengan anak-anak dan beli barang untuk isteri. Instagram ini pun seperti album kita.
"Tapi kalau ada yang bersangka buruk seperti itu... kita pun tak boleh buat apa. Lagipun kita baik macam mana pun, tetap akan ada orang tak suka," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Sabda Kekasih itu menegaskan kemesraan dan layanan manja itu perkara biasa dalam berumah tangga.
"Manjakan isteri itu merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk pasangan yang dah berkahwin. Ikutkan sebenarnya bila di rumah, saya yang manja," ujarnya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 serta Aya Soffya yang kini berusia setahun.
Amri Hassan
Tue Jun 22 2021


“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?

TMSMY3: “Zirafah King Of Bottom Three, Mana Nak Dapat”- Norman Hakim
Luculah Zirafah ni.

Bukan China, India Kini Miliki Penduduk Paling Ramai Di Dunia
China tidak lagi berada pada posisi pertama.