BERITA
Bila Ditanya Tentang Pemilihan Presiden Indonesia, Ini Jawapan Arif Jiwa... Comelnya!
Ibu kepada kanak-kanak popular Arif Jiwa Asyraf, Tya Arifin bertanyakan soalan mengenai pemilihan presiden Indonesia sempena pilihan raya di negara terbabit.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi Instagram Arif semalam.
Dalam nada bergurau, Tya menanyakan soalan yang berbunyi :
"Sekarang di Indonesia ada pemilihan presiden, Abang Arif pilih Jokowi atau Probowo?" tanya Tya dalam video itu.
Tidak berdiam diri, Arif menjawab soalan itu.
"Makanan," jawabnya ringkas lalu membuatkan ibunya itu ketawa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat keletah si comel itu.
Tya telah berkahwin dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Jiwa yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video