Laman Utama

“Bila Kucing Terbiar Sihat, Saya Gembira” - Buruh Ini Belanja RM1,000 Sebulan Untuk Kucing Jalanan

gempak
Azwa Rahman
09/06/2021
14:00 MYT
Sponsor Banner
“Bila Kucing Terbiar Sihat, Saya Gembira” - Buruh Ini Belanja RM1,000 Sebulan Untuk Kucing Jalanan
Seorang buruh yang berhati mulia membelanjakan hampir RM1,000 setiap bulan bagi membeli makanan kucing jalanan di Bachok, Kelantan.
Biarpun gaji sebagai seorang buruh tidak semewah kerjaya lain, Muhammad Shahrul Fikri Samsuri, 22, rutin memberi makanan kepada kucing jalanan itu sudah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya.
"Saya tidak pernah menyesal menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu 'menjamu' kucing-kucing jalanan.
"Bila dapat berbuat demikian (memberi kucing makan), saya bukan sahaja gembira malah ia menjadi terapi menghilangkan keletihan bekerja," katanya kepada Sinar Harian.
Setiap hari pada jam 6 petang, Pantai Irama Bachok akan dipenuhi hampir 100 ekor kucing yang dilihat sudah selesa dengan kehadirannya.
Kucing-kucing tersebut akan mengerumuni Shah sebaik sahaja melihat dan mendengar bunyi enjin motosikal anak muda tersebut.
“Bila kucing-kucing terbiar itu sihat, saya akan gembira, hal ini kerana kucing-kucing itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
"Lebih-lebih lagi sekarang ini kita sedang melalui sekatan pergerakan penuh sehingga menyebabkan semua gerai dan kedai makan di sekitar pantai tidak dapat beroperasi.
"Ini menyukarkan lagi kucing-kucing terbiar untuk mendapatkan makanan," katanya yang turut memelihara 15 ekor kucing.
Tambah Shah lagi, setiap hari dia akan laju memecut menuju ke Pantai Irama sebaik sahaja habis waktu kerja kerana mahu berjumpa dan bermain dengan kucing jalanan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live