Laman Utama

“Bila Kurus Orang Tuduh ‘Kancing’, Ambil Dadah” - Hafiz Suip Stress Ramai Buat Andaian Bukan-Bukan

gempak
Fiza Kamarudin
31/07/2021
02:30 MYT
Sponsor Banner
“Bila Kurus Orang Tuduh ‘Kancing’, Ambil Dadah” - Hafiz Suip Stress Ramai Buat Andaian Bukan-Bukan
Penyanyi Hafiz Suip akui kecewa apabila banyak pihak membuat andaian tidak berasas selepas melihat bentuk fizikalnya yang semakin kurus dan cengkung.
Hafiz berkata apabila kerap diajukan soalan mengenai susuk tubuhnya, dia akui terkesan kerana turut membabitkan ibu, bapa, isteri dan keluarga.
Katanya lagi, dia tidak mengambil endah isu tersebut sebelum ini kerana menganggap lumrah sebagai anak seni yang sentiasa dihujani kontroversi.
“Mula-mula saya tak ambil kisah pun bila ramai yang tanya. Ada juga yang kata mereka bimbang melihat saya semakin kurus dan cengkung.
“Kalau betul ambil berat boleh tanya sendiri. Bukan terus menilai kononnya kurus sebab ‘kancing’ ambil dadah, family tak bagi makan…
“Jika diajukan sama ada saya tertekan dengan isu ini, saya tanya anda balik, bila membabitkan keluarga dan sebagainya, adakah anda tertekan jika berlaku kepada anda?.
“Saya juga manusia biasa cuma kerjaya saya dalam bidang nyanyian, lumrah hidup apabila bergelar sebagai selebriti kerana semuanya menjadi perhatian.
“Tapi saya memilih untuk tidak melenting. Sebab apa…sebab benda tak betul buat apa nak layan? Saya hanya mampu tutup mulut dan kemam. Kalau buka mulut nanti nampak tak elok pula di mata orang,” katanya.
Hafiz mengulas mengenai isu tersebut ketika sidang media mempromosikan lagu Berakhirlah Pencarianku bersama Ernie Zakri pada petang Jumaat.
Sebelum ini, keadaan kesihatan penyanyi Awan Nano itu menjadi tanda tanya warganet apabila gambar perkongsian terbaharu di Instagramnya dilihat semakin susut.
“Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat. Saya sihat dan sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital termasuk secara alternatif seperti yang disarankan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024