Pelakon Amar Baharin teruja apabila dapat membuka tabung hasil dari wang yang disedekahkan ketika waktu Subuh.

Menurut Amar bukan nilai wang yang diambil kira tetapi kelebihan dan manfaat yang diterima itu lebih besar.
“Tabung Sedekah Subuh.

“Anak-anak paling excited bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni. Bila ada rezeki lebih letak besar... bila “lockdown” tak kerja, letak seringgit. Nilai tu belakang kira.

“Siapa tak nak malaikat mendoakan dia? Semoga bermanfaat Insyaallah,” katanya.

Suami kepada Amyra Rosli itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Amar memuat naik rakaman video bersama anak-anaknya yang sedang membuka tabung tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendapat inspirasi serta memuji amalan Amar.

Difahamkan ‘Tabung Sedekah Subuh’ merupakan tabung yang mana duitnya disedekahkan ketika waktu Subuh untuk diberikan kepada yang memerlukan.

Amar menikahi pelakon Amyra Rosli pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan dan anak perempyan Ayra Aryssa.

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)