Hiburan
Bila Najmi Terkejut, Meghan Trainor Suka Video Nyanyiannya
Penyanyi Bila Najmi tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila video nyanyiannya mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Meghan Trainor.
Menurut penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2015 itu, dia terkejut apabila mendapat notifikasi Instagram (IG) yang memberitahu penyanyi pujaannya menyukai video tersebut.
“Saya memang sukakan Meghan Trainor, dia adalah antara contoh penyanyi yang baik untuk saya.
“Saya sebenarnya memang suka buat ‘cover’ lagu Meghan dan baru-baru ini saya nyanyikan lagu terbarunya yang berjudul No.
“Kemudian saya muatnaik di IG untuk kongsikan bersama peminat, dan talk pernah terfikir langsung yang dia akan tengok video saya.
“Bila dapat notifikasi tu, saya rasa berdebar, tak percaya dan jadi ‘gila’ sampai ayah saya tegur tanya kenapa saya nampak tak tentu arah.
“Dalam masa yang sama saya juga rasa terharu, ialah siapa sangka artis antarabangsa tengok video kita kan, sedikit sebanyak perkara itu beri semangat juga pada saya.
“Saya rasa mungkinlah dia terlihat video itu sebab lagu yang saya nyanyi itu pun lagu dia, tapi biasalah rasa teruja tu memang tak dapat nak elak,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Kempen Negaraku bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Dalam pada itu mengulas mengenai kerjaya seni, Bila yang juga merupakan anak kepada pemain bass kumpulan Wings, Eddie memberitahu bakal mengeluarkan single terbarunya tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, saya kini sedang membuat persiapan untuk single terbaru yang akan keluar tidak lama lagi.
“Lagu tersebut merupakan ciptaan komposer Omar K dan secara keseluruhannya single tersebut hampir siap cuma tajuknya saja yang masih belum pasti,” ujarnya.
A video posted by Najmi Nabila (@billa_najmi) on
Must-Watch Video