Laman Utama
“Bila Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik…”- Mia Ahmad Kuatkan Hati
Pelakon Mia Ahmad tidak kisah jika imej bertudung labuh dilabelkan sebagai tidak moden.
Malah tegas Mia pakaian yang dipilih semuanya hanya kerana Allah.
“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….
“Sorry, I dress for Allah (maaf, pakaian saya kerana Allah)” tegasnya.
Mia berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik suntingan video imej berbaju sopan serta bertudung labuhnya.
Tambah Mia dia tidak peduli apa pandangan orang tetapi apa yang pasti semua itu dilakukan untuk menjadi dirinya yang lebih baik.
“Ada yang cakap saya takkan istiqamah.. ada yang cakap suami saya takkan sokong.
“Saya kuatkan hati kerana saya tahu saya buat perkara yang betul.
“For the sake of Allah. Saya tahu saya tak baik, saya ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” ujarnya.
Pun begitu, Mia bersyukur kerana banyak perkara yang baik diterima sepanjang perhijrahannya.
Malah dalam masa yang sama mendoakan agar Wanita Islan yang lain diberikan hidayah dan istiqamah.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin,” harapnya.
Mia yang mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd. Izham Tarmizi pada 2017 dikurniakan dua orang anak iaitu Issa, 3, dan Iris, 1.
Must-Watch Video