Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan Solo terkejut apabila tiba-tiba mendapat kiriman mesej berhubung isu terajang pengawal keselamatan yang tular sejak semalam.

Jelas Lan, individu yang dimaksudkan dengan insiden terbabit bukanlah dirinya namun mungkin punyai persamaan nama dengannya.

"Ramai pulak DM pasal kes TERAJANG! Bila pulak LS terajang orang ni?

"LAN lain la hui," tulisnya bersama tanda pagar #nakkenaterajangbetulke dan #sajatanya.

LAN lain la huiii ??? . . #lan #terajang #lanterajang #kesterajang #nakkenaterajangbetulke #sajatanya ?

A post shared by #TwistAbangSayang ?LAGU BARU (@lansolo_official) on


Menerusi laporan media tempatan, seorang pengawal keselamatan cedera selepas ditumbuk tiga kali oleh seorang artis lelaki Sabtu lalu.

Malah, artis berkenaan dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan itu selain mengambil batu-bata tepi jalan dan membaling ke arah pengawal keselamatan terbabit.

Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Taman Acacia Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, artis lelaki berkenaan yang ditahan untuk memberi keterangan sejak petang semalam telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Sementara itu, kekeliruan yang membabitkan persamaan nama pernah terjadi kepada selebriti Alif Satar ketika sedang meletusnya kontroversi Aliff Aziz suatu ketika dahulu.