gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Teman Fazura ‘Make Up”, Netizen ‘Cair’ Tengok Telatah Fatima - “Ya Allah Comelnya”
BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
HIBURAN
Konsert Pertama Di Kuala Lumpur Selepas 16 Tahun, Dadali Umum Bakal Hasilkan Filem ‘Sebuah Kisah’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Bila Sudah Bersedia Saya Akan Maklumkan” - Nabila Razali

Mya Amri
Mya Amri
17/09/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Bila Sudah Bersedia Saya Akan Maklumkan” - Nabila Razali
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengambil pendekatan untuk tidak membuat sebarang ulasan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan, baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 30, walaupun tidak membuat sebarang perkongsian di media sosial namun dia tidak dapat menghalang orang ramai daripada berkongsi mengenai hal peribadinya.
“Saya tidak pernah berkongsi apa-apa kenyataan, gambar mahupun video di mana-mana sosial media saya, apa yang berlaku di luar adalah di luar bidang kuasa saya.
“Untuk saya sendiri, sekiranya saya sudah bersedia sudah tentu saya akan maklumkan kepada rakan media, rakan selebriti dan sesiapa yang mengenali saya.
“Tapi buat masa ini, saya harap semua pihak menghormati keputusan dan privasi saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Nabila ditemui di sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta, bertempat di sebuah restoran pada Ahad
Mengulas mengenai tekanan yang dihadapinya apabila sering diasak dengan pertanyaan membabitkan jodoh dan percintaan, Nabila menganggap ia adalah perkara biasa apabila bergelar anak seni.
“Kalau cakap soal tekanan dari dulu lagi bukan pasal soalan tapi kritikan dan cemuhan memang sinonim tapi itulah asam garam anak seni sentiasa diperhatikan dan dijadikan bahan.
“Saya pun tidaklah marah cuma satu saja yang minta untuk menghormati keputusan saya. Terima kasih,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nabila juga berharap semua pihak dapat menghormati pilihannya untuk tidak membuat sebarang kenyataan sehingga tiba waktunya.
“Seperti mana yang saya cakap sebelum ini dan hari-hari sebelumnya, saya harapkan semua pihak memberi kehormatan pada privasi saya.
“Sekiranya sudah bersedia, saya akan umumkan tapi buat masa ini tiada apa-apa kenyataan rasmi yang saya nak keluarkan kepada mana-mana pihak,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nabila kini membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta yang merupakan adaptasi popular drama Korea Selatan, Autumn In My Heart.
Siri drama terbitan Global Station Sdn Bhd bakal menemani penonton bermula 19 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam menerusi strim di iQIYI.
Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan penulisan skrip oleh Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin dan Farah Bani.
Luruhnya Bunga Cinta turut dibintangi oleh Redza Rosli yang menjayakan watak Nuh, Tracie Sinidol (Nuha), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Anwar) dan ramai lagi.
Terdahulu, media melaporkan Nabila sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlit tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
BACA: Tutup Ruangan Komen Di Foto Hadiri Perkahwinan MK K-Clique, Nabila Razali Hanya Tinggalkan Ucapan - "Terima Kasih Kerana..."​
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Nabila Razali
#Jodoh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement