Skip to main content

Berita Tempatan

"Bila Tengok Gambar Ni Rasa Sangat Sebak, Hiba ....." - Fasha Sandha Bersyukur Ditemukan Dengan Aidil Aziz

fasha_8.jpg
Pelakon Fasha Sandha mengakui sebak apabila melihat semula foto pra perkahwinan bersama tunangnya, Aidil Aziz yang sedondon dalam busana putih.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha melahirkan rasa syukur apabila ditemukan dengan Aidil dalam hidupnya.

"Bila tengok gambar ni rasa sangat sebak, hiba... Saya bersyukur dengan kehadiran Aidil dalam hidup saya. 

"Semoga dipermudahkan perjalanan buat kami," tulisnya.
 

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar segala perancangan Fasha dan Aidil akan dipermudahkan dan tidak sabar menantikan pasangan ini disatukan.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Must-Watch Video

Advertisement