Laman Utama
“Bilal Suka Masuk Bawah Kerusi” – Neelofa Kongsi Gelagat Muhammad Bilal
Anak kepada selebriti popular Neelofa, Muhammad Bilal sering menjadi tumpuan wargamaya setiap kali ibunya berkongsi foto atau video bayi itu ke laman sosial.
Meskipun Neelofa dan suami yang juga merupakan pendakwah bebas, Haris Ismail belum lagi mendedahkan wajah anak mereka buat tontonan umum, namun itu bukan penghalang untuk pengikut pasangan itu mengetahui perkembangan Bilal.
Terbaharu, Neelofa berkongsi beberapa foto yang dimuat naik di IG Stories memperlihatkan gelagat Bilal yang sudah pandai merangkak.
Mencuit hati lagi, apabila Bilal yang mengenakan pakaian berwarna krim ketika itu sedang merangkak keluar dari bawah sofa.
Menerusi perkongsian yang sama, Neelofa turut memberitahu perlakuan anaknya yang gemar berada di bawah sofa.
“Bilal suka masuk bawah kerusi, ini favorite port dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain, bekas pengacara rancangan MeleTop itu turut berkongsi momen saat Bilal tersangkut di bawah sofa.
“Undur, undur, undur lepastu terlekat dekat situ (bawah sofa),” tulisnya.
Sementara itu, melihat perkembangan lain, Bilal dilihat semakin aktif dan sihat serta rambutnya kelihatan sudah semakin lebat.
Untuk info, Neelofa dan Haris telah selamat bergelar suami isteri pada Mac 2020 dan dikurniakan Muhammad Bilal sebagai putera sulung mereka yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Must-Watch Video