Pelakon dan penyampai radio Sinar Siti Elizad Sharifuddin mencuri perhatian wargamaya apabila meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata seperti rakan selebriti, Elly Mazlein.

Menerusi laman sosial Instagram, Elizad meninggalkan komen berbentuk luahan tersebut pada foto ‘throwback’ Elly berpantang anak pertama Putri Sara Sefhia.

Pada perkongsian tersebut, Elly memuat naik foto sedang menjalani tempoh berpantang sambil mendakap erat anaknya yang baru berusia 30 hari.

“Bilalah agaknya nak merasa jugak macam kak Kepom kita ni,” tulis Elizad di ruangan komen.



Komen daripada Elizad itu kemudiannya mendapat banyak kata-kata positif serta doa agar pelakon 18 Puasa Di Kampong Pisang itu untuk memperoleh cahaya mata.

Insya-Allah kak, rezeki ada untuk akak. Lambat atau cepat je. Insya-Allah semoga urusan akak dipermudahkan,” doa seorang wargamaya.

Semoga tak lama lagi rezeki akak pulak. Ramai mendoakan akak,” pujuk seorang wargamaya.

Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan semuanya. Akan datang pada waktu yang tepat, insya-Allah,” sokong seorang wargamaya.

Moga dikurniakan cahaya mata. Jangan putus asa, lots of love,” pesan seorang wargamaya.

Semoga Allah beri rezeki dan peluang Elizad untuk merasa seperti kak Kepom kita ni. Semoga dipermudahkan urusan Elizad dan kak Kepom,” komen seorang wargamaya lagi.

Pada November tahun lalu, Elizad mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada bulan Oktober.

Imbas kembali, Elizad sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman.