Pelakon Kim Young Kwang akui berasa sedih kerana tidak mampu membantu sahabatnya, Kim Woo Bin yang kini sedang dalam proses menjalani rawatan kansernya.
Kim Young Kwang mendedahkan perkara tersebut menerusi satu temubual bersama media baru-baru ini.
"Seara jujurnya saya bimbang dengan keadaan Woo Bin dan lebih menyedihkan lagi sebagai rakan baik saya tidak mampu untuk melakukan apa-apa untuk dia.
"Cuma apa yang boleh saya lakukan adalah memberi kata-kata semangat dan sokongan kepadanya.
"Saya percaya dia mampu melawan penyakit kansernya dan akan kembali sembuh seperti sediakala," katanya seperti yang dilapor portal Soompi.
Terdahulu, agensi Woo Bin, SidusHQ mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal dalam satu kenyataan pada 24 Mei lalu.
Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.
Woo Bin kini menangguhkan penggambaran filem terbarunya untuk memberikan fokus terhadap rawatan kanser.
Woo Bin sebelum ini popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir.