Bimbang Solat Dalam Ketakutan, Sekumpulan Pelajar Cipta Sejadah Anti-Korona!
Bimbang jangkitan kuman dan virus ketika solat, sekumpulan pelajar di di Surabaya mengambil inisiatif menghasikan sejadah Anti-Korona.
Menerusi laporan Kompas TV, sejadah berkenaan dikatakan diperbuat daripada plastik dan material perlak.
Kelebihan material ini adalah ia cukup mudah dibersihkan dengan cecair anti bakteria sekiranya tercemar dengan virus atau pun bakteria.
Material tersebut juga tahan lasak dan warnanya dikatakan tidak mudah tertanggal sekiranya dicuci berulang kali.
Difahamkan juga, produk itu dihasilkan dengan bertujuan untuk memudahkan umat Islam agar dapat beribadah ketika dunia masih diselubungi pandemik Covid-19.
"Penghasilan sejadah ini diharap memberi kebaikan kepada umat Islam dalam menjalankan ibadah .
"Idea ini 100 peratus daripada pelajar. Mereka bukan sahaja terkesan oleh pandemik tetapi mahu mencari jalan keluar kepada beberapa permasalahan yang berlaku khususnya dalam soal ibadat umat Islam.
"Saya rasa usaha ini satu permulaan yang baik.
“Ideanya juga menarik dalam kita berjaga-jaga terutamanya ketika solat di surau atau masjid," kata guru yang mengetuai projek tersebut, Wardatul Ummah.
Untuk makluman, sejadah tersebut bakal dikeluarkan tidak lama lagi menjelang Aidilfitri dan diharapkan ia akan turut dipasarkan di Malaysia.
Anda boleh lihat video sejadah berkenaan di bawah.