Laman Utama
Bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown Bertunang Dengan Anak Bon Jovi
Namanya sedang di puncak dan usianya juga masih muda, namun Millie Bobby Brown langsung tidak peduli jika tindakannya mengikat tali pertunangan dengan kekasih boleh membuat namanya merudum.
Dengan bahagia, bintang Stranger Things tersebut mengumumkan telah rasmi menjadi tunang kepada kekasihnya selama dua tahun kebelakangan ini, Jake Bongiovi.
Jake adalah anak lelaki kepada vokalis legenda Jon Bon Jovi. Dia berusia 22 tahun, manakala aktres tersebut 19 tahun.
Millie mengumumkan pertunangan mereka dengan sekeping foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Bersama foto hitam putih yang menyaksikan mereka berada di tepi pantai, dia menulis: “Saya mencintai anda tiga musim sekarang dan mahukan ia semua.”
Sebelum ini Millie memberitahu mereka berkenalan sebagai kawan di Instagram sebelum perasaan cinta berkembang.
Dia pertama kali memperkenalkan Jake sebagai kekasihnya kepada seluruh peminatnya iaitu sebanyak 62.7 juta pada tahun 2021.
Must-Watch Video