Pelakon Hannah Delisha mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi sekeping fotonya mengenakan hijab.

Menerusi laman sosial Instagram, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 24, memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

“Bismillah”, tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Selain berkongsi foto tersebut, Hannah turut menukar gambar profile Instagramnya kepada wajah bertudung.

Bismillah?

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang meraikan perubahan positif aktres filem Langsuir ini.

Malah, ramai yang turut mendoakan Hannah agar kekal istiqamah dengan imej terbarunya.

Hannah pula menjawab banyak komen pujian dan doa orang ramai dengan hati yang terbuka.

“Sejuk mata memandang tengok bidadari syurga ni bertudung. Saya doakan agar Hannah terbuka pintu hati untuk kekal bertudung,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga Allah memberikan jalan, taufiq dan hidayah untuk Hannah selalu istiqamah menuju ke jalan syurga,” komen seorang wargamaya.

“Cantiknya bila Hannah berhijab. Teruskanlah bertudung ye nampak ayu je,” puji seorang wargamaya.

“Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan harian Hannah dan diberi kekuatan untuk terus istiqamah,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sedikit info, Hannah merupakan anak kelahiran Singapura dan mula bergiat aktif dalam industri seni tanahair sekitar tahun 2013.

Selain berlakon, Hannah turut bergelar penyanyi dengan single popularnya Tak Perlu Kata Apa-Apa.