Berita
“Bitcoin Perlu Bayar Zakat Kerana....” - Mufti Perlis
Sebelum ini, timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat dalam pembayaran zakat aset digital menyebabkan ramai pemilik Bitcoin tidak mengeluarkan zakat, walaupun simpanan mereka sudah cukup haul.
Hari ini Majlis Fatwa Perlis memutuskan, sebarang aset digital berupa Bitcoin perlu dikenakan zakat apabila mencukupi syarat dalam pemilikannya.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Jawatankuasa Majlis Fatwa Perlis dalam keputusannya pada Julai lalu, menetapkan sebarang pemilikan aset digital berupa Bitcoin dikenakan zakat sekiranya ia cukup haul (jangka masa simpanan) dan nisab (kadar yang diwajibkan).
“Zakat aset digital ini (dikenakan zakat) kerana di atas sifat ia adalah Urudh al-Tijarah (barangan dagangan).
“Adapun pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah nilai terendah unit Bitcoin dalam satu tahun didarabkan dengan bilangan unit Bitcoin, kemudian ditambahkan dengan keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun sebelum jumlahnya didarabkan 2.5 peratus.
“Pembayarannya boleh dilakukan dalam bentuk nilai wang atau unit Bitcoin,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.
Sumber: BH Online
Must-Watch Video