Sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai Instaboyz merakamkan video parodi lagu terbaru Blackpink, How You Like That dan mendapat perhatian ramai.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @Mgxfox berkongsi sedutan video parodi Instaboyz itu untuk tatapan umum.

“Blackpink in Kelantan area. #sepkitojangepecoh,” tulis pengguna tersebut.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, menyaksikan empat orang pemuda membawa watak sebagai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo menari mengikut rentak tarian kumpulan Kpop terkenal tersebut.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Blackpink mereka.

“Siapa-siapa nk jumpa dorang datang la Aeon kelantan hari Sabtu haha,” kata seorang wargamaya.

“Saya tak marah langsung, atleast ada hobi nak dibuat, menari tu exercise, lagi baik daripada pergi merempit atau buang masa melepak. Janji tak buat benda tak elok,” komen seorang wargamaya.

“Joget la dik. Asalkan jangan layan dadah/ pil kuda,” sokong seorang wargamaya.

“Haha power sia menari dia. Daripada kecam, elok bagi pandangan yang bagus dan boleh fix lagi tarian dia. Orang yang rekod pun boleh improve lagi,” tegur seorang wargamaya.

“Hebat. Cuma kalau versi lelaki, mungkin boleh kuatkan sikit tarian. Macam mana band lelaki Korea menari? Tak payah lembut dan lentikkan badan. Dan boleh improvise langkah. Bravo!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video parodi tersebut telah mendapat hampir 16,000 tontonan di YouTube salah seorang anggota Instaboyz.