Pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeauTYRA, Tyra Kamaruzzaman boleh tersenyum bangga kerana dari minat bersolek, maka lahirkan jenama kosmetik ini.

Anak bongsu dari lima beradik ini sudah pandai mencari duit sendiri sejak dari berumur 14 tahun lagi.

Kini sudah berusia 20 tahun, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini sakan melancarkan jenama kosmetiknya sendiri, BeauTYRA.



Menggunakan Shopee sebagai medium jual beli, BeauTYRA dilancarkan pada 25 Julai 2018 dengan koleksi pertama pemerah pipi.

"Alhamdulillah, respon yang saya terima cukup memberangsangkan. Pertama kali dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas, ia laris dijual dalam masa satu hari dan lebih menarik apabila pemerah pipi edisi terhad 'Unicorn', kami keluarkan 1,000 unit dan ia habis dalam masa empat minit sahaja.



Tyra juga dikenali kerana teman lelakinya, Aazief Khalid, anak kepada Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nuhaliza.

Untung ada bersama keluarga Aazief yang dikenali sebagai keluarga bijak berniaga, Tyra turut mendapat sokongan daripada Izara Aishah yang turut mempunyai jenama lipstick sendiri, Tya Arifin dengan jamunya dan Tokti yang terkenal dengan kosmetik 'SimplySiti'.



Sehingga kini, BeauTYRA mempunyai koleksi pemerah pipi, hair to toe mist dan buku nota.


Sumber foto: Instagram @tyrakmrzmn dan @beautyra