Antarabangsa

BMW M2 CS – Selain ada 450hp, ia juga penuh komponen gentian karbon

gempak
Erywan
18/11/2019
02:54 MYT
Sponsor Banner
BMW M2 CS – Selain ada 450hp, ia juga penuh komponen gentian karbon
Desas-desus mengenai kehadiran varian tertinggi M2 terbukti benar apabila BMW mendedahkan M2 CS sebelum kemunculan rasmi model itu di Los Angeles Auto Show 2019, baru-baru ini.
Seperti M2 Competition yang diperkenalkan tahun lalu, M2 CS turut hadir dengan enjin 3.0-liter biturbo enam silinder sebaris S55 tetapi kuasa meningkat dari 410hp kepada 450hp pada 6,250rpm. Tork kekal pada 550 Nm dan ia tersedia dari 2,350 hingga 5,500rpm. Model ini didatangkan standard dengan transmisi manual enam kelajuan, manakala transmisi automatik dwi-klac tujuh kelajuan ditawarkan secara pilihan.
Dari segi prestasi, versi automatik mempunyai kelebihan dari segi pecutan 0-100km/j dengan masa 4.0 saat iaitu 0.2 saat lebih pantas berbanding versi manual. Bagaimanapun, kedua-duanya mempunyai kelajuan maksimum yang sama iaitu 280km/j dengan pakej M Driver. Aspek pengendalian merangkumi suspensi Adaptive M dengan mod Comfort, Sport dan Sport+ serta Active M Differential pada gandar belakang yang bertindak untuk membahagikan kuasa antara tayar belakang kiri dan kanan.
M2 CS memakai rim tempaan Y-spoke berukuran 19 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 bersaiz 245/35 di hadapan dan 265/35 di belakang. Tersorok di belakang rim adalah cakera brek berukuran 400mm dan 380mm berserta angkup enam omboh dan empat omboh. Untuk kuasa brek yang lebih tinggi, pelanggan boleh memilih cakera karbon seramik.
Kelebihan M2 CS berbanding varian-varian M2 yang lain ialah ia didatangkan dengan pelbagai komponen gentian karbon seperti bumbung, splitter hadapan, Gurney flap pada but, cermin sisi dan diffuser. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai bonet CFRP lengkap dengan saluran udara yang dikatakan 50 peratus lebih ringan berbanding bonet biasa. Di dalam, tempat duduk M Sport yang diambil dari M4 CS, stereng yang dibalut Alcantara serta konsol tengah yang diperbuat daripada gentian karbon.
M2 CS dijangka memasuki pasaran bermula tahun hadapan, namun akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad. Bagi pasaran Eropah, harga bermula dari €95,000 (RM433,060).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live