,
Laman Utama

Body Kekal Mantap Pada Usia 42, Wulan Guritno: “Apa Yang Kita Masukkan Ke Tubuh Kita…”

Maliah Surip
02/02/2023
15:55 MYT
Bintang Indonesia, Wulan Guritno memang cukup terkenal kerana kecantikannya.
Selain itu tubuh badannya juga selalu dicemburui kaum wanita, namun menjadi pujaan lelaki lantaran disifatkan mantap dan menggoda walaupun sudah berusia lebih 40 tahun.
Dia kini kembali menjadi percakapan peminat di seberang selepas muncul menjadi pekerja seks dalam siri online Open BO. Dalam drama siri ini, Wulan mendedahkan hampir keseluruhan badannya tanpa rasa bimbang meski sudah masuk usia 42 tahun.
Kekasih kepada seorang jejaka yang 10 tahun lebih muda daripadanya ini mengaku dia mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang teratur untuk memastikan tubuh badan kekal mantap.
Antara disiplin yang diamalkan adalah tidak makan makanan yang diproses dan tidak mengambil gula.
“Saya tidak makan makanan yang diproses sama gula. Tidak makan fast food.
“Makanannya yang tidak diproses seperti telur dan buah. Makan makanan yang memang asli, tidak dibuat oleh manusia lah kasarnya," kata Wulan kepada Hotdetik.
Meski demikian, dia mengaku sebelum benar benar disiplin dengan pola makan yang diamalkan sejak empat tahun lalu, dirinya juga punya ‘hari tipu’ dalam memilih makanan.
"Nama pun manusia adalah cheating sesekali. Tapi on the cases untuk sehari-hari saya lumayan menjaga, jadi tidak makan fast food.
“Tapi sejak menjadi sangat disiplin sebelum pandemik, bererti sudah lama juga ya, sudah empat tahun, saya tidak lagi cheating. Saya sudah konsisten kerana berasa sudah masanya berbuat demikian (jaga makan),” katanya lagi.
Malah katanya sebagai seorang individu, adalah berhak untuk menjaga tubuh badan dan sedar mengenai kesihatan, termasuk apa yang dimakan.
“Pokoknya semuanya harus seimbang ya, apa yang kita masukkan ke tubuh kita, terus olahraga, tidur cukup, bahagia, positif thinking.
“Kita pasti setiap hari ada masalah, ada juga masalah hidup, ada saja kegalauan hidup, tapi kalau kita bisa positif kita bisa manage stres kita.
“Itu ertinya kita positif, kerana tak mungkin tak ada masalah dalam hidup. Dan memilih apa yang masuk ke tubuh kita itu sangat penting,” jelas Wulan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Hiburan

Ernie Zakri Menang Anugerah Pertama Di Indonesia, Lagu Masing Masing Dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop - “Rezeki Yang Luar Biasa”

gempak
20/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Unitar