,
Laman Utama

Boleh Bergerak Lebih 10KM, Kekal Larangan Rentas Negeri, Daerah

Maliah Surip
16/02/2021
23:20 MYT
Larangan pergerakan rentas negeri dan daerah kekal meskipun berlaku pertukaran status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bermula Jumaat (19 Feb) ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sebahagian besar negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) namun pergerakan hanya dibenarkan di dalam daerah dan tidak boleh merentas antara daerah atau ke negeri lain.
Beliau berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) pergerakan rentas negeri telah menyumbang kepada peningkatan kes selepas kelonggaran diberikan pada akhir tahun lepas, justeru larangan itu kekal.
"Jika dulu kluster disebabkan rentas negeri hanya 11 hingga 12 kluster, namun selepas kita beri kelonggaran pada Disember lepas, ramai rentas negeri dan menyebabkan berlaku peningkatan kes COVID-19.
"Misalnya, di Kelantan selepas rentas negeri dibenarkan, banyak kes COVID-19 dan hampir 65 peratus daerah bertukar menjadi zon merah dan status negeri bertukar PKP. Maka kita tidak benarkan rentas negeri lagi," katanya dalam sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Mulai Jumaat ini, pelaksanaan PKP dilanjutkan hingga 4 Mac di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang manakala negeri-negeri lain dikenakan PKPB dan Perlis pula dikenakan PKPP.
Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan membenarkan pergerakan melebihi 10 kilometer radius di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, tidak relevan untuk mengehadkan pergerakan kerana banyak aktiviti ekonomi dan sosial diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.
Sementara itu, mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri berkata sebanyak 596 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam membabitkan 532 individu dikompaun serta 64 lagi direman.
Antara kesalahan ingkar SOP adalah tiada penjarakan fizikal (155 kes), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (134) dan tidak memakai pelitup muka (121).
Selain itu, Op Benteng berjaya mengusir 11 orang pendatang tanpa izin yang cuba memasuki sempadan negara dan menahan seorang pendatang tanpa izin serta dua penyeludup.
Sumber: BERNAMA Kredit Foto: Utusan Melayu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar