Pelakon Nad Zainal selamat melahirkan bayi keduanya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidini, 30, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, Nad tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai kelahiran tersebut kerana meminta untuk diberi ruang.

“Bagi kami masa bertenang dulu menerima orang baru...Harap maaf kalau lambat reply text atau jawab call, almaklum urus orang baru,” katanya.

Bercerita pengalamannya bersalin ketika berada di dalam bilik pembedahan, Nad akui semuanya berjalan dengan lancar.

“Bila masuk OT (bilik pembedahan), berborak seolah-olah tengah main batu seremban dengan doktor tu.. walhal perut tengah kena belah

“Tak rasa stress langsung dalam OT, lagi stress kena swab!” dedahnya.

Nad turut berkongsi potongan video suaminya Muhammad Faliq Amiruddin bersama anak sulungnya Fahad Ibrahim difahamkan sedang memangku bayi keduanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)