Laman Utama
“Boleh Family Gathering Kat Sana Ek”- Pergi Langkawi Boleh, Netizen Tanya Rentas Negeri Balik Kg Bila Nak Onz?
Pengumuman pembukaan Pulau Langkawi untuk dikunjungi sememang merupakan berita baik buat rakyat Malaysia.
Dengan memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, rata-rata netizen menyambut baik keputusan kerajaan.
Bagaimanapun ada juga netizen ‘nakal’ mengusik dengan memberikan komen mengenai pelepasan merentas negeri ke Pulau Langkawi.
Menerusi media sosial, netizen menyuarakan rasa tidak sabar menunggu pengumuman merentas negeri kerana mahu bertemu ibu bapa dan keluarga.
Mereka juga mengusik sama ada adakah patut membawa keluarga bercuti di Pulau Langkawi semata-mata ingin bertemu mereka.
Pergi langkawi boleh, rentas negeri masih belum boleh. Eh???????
— yaamuhin (@_yayamuhin) September 10, 2021
disebabkan tak dapat rentas negeri jumpa parents aku, aku dah plan nak ke langkawi nanti. Parents aku pun akan ke langkawi juga. Adik aku pun akan ke sana. Jadi selesai la masalah aku selama ini. Korang jangan bagitau orang lain taktik ni ok
— abah isaac (@IsaacosmanTV) September 10, 2021
tak boleb lintas negeri tapi boleh pergi langkawi, brb nak call parents i, kita jumpa kat langkawi k ?
— nasha (@nashafahamy) September 10, 2021
Apa-apa pun dengan kelonggaran yang diberi, jangan ambil kesempatan ya. Jaga sop, jaga diri and stay safe guys.
Khamis lalu, kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kredit foto: Google
Must-Watch Video