Laman Utama

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada

gempak
Gempak
21/03/2023
08:30 MYT
Sponsor Banner
"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
"Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya. Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan."
Demikian kata isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri ketika ditanya adakah masih menyimpan rasa sayang terhadap Hafidz setakat ini.
Nurul Shuhada berkata, dia juga tidak pernah melarang Hafidz untuk bertemu anak-anaknya.
"Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat.
"Saya hidup dalam keluarga yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola sepak bersama-sama.
"Saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi, untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja," katanya.
Ditanya adakah Hafidz ada memberikan wang perbelanjaan atau nafkah untuk dia dan anak-anak, Nurul Shuhada memilih untuk tidak menjawab.
Malah, beberapa kali Nurul Shuhada dilihat memandang wajah peguamnya, Nurfarhana Abd. Manaf bagi menjawab pertanyaan itu.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2.
Sumber: Harian Metro Kredit foto: Asyraf Hamzah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live