Laman Utama
Boleh Ke Individu Hamil Menonton Konsert Coldplay? Ini Maklum Balas Netizen: “Janganlah Sis…”
Sejak pengumuman konsert Coldplay baru-baru ini, pelbagai isu mengenai kugiran yang berasal dari London, England itu kerap mula kedengaran.
Dari perspektif agama sehinggalah pendapat berbeza artis tempatan, pengumuman konsert berkenaan sedikit sebanyak telah mencetuskan perdebatan, terutamanya dalam kalangan netizen.
Terbaharu, seorang individu bertanya adakah bersesuaian jika seorang wanita yang hamil sekitar empat hingga lima bulan menghadiri konsert Coldplay.
“Hi! Tolong hide profile saya. Pasal konsert Coldplay tu, contoh kalau waktu tu tengah pregnant 4-5 months, boleh masuk tak?
“Atau tak digalakkan? Kot memang ada syarat-syarat pregnant mom tak boleh masuk ke? Cuba tanya pendapat orang ramai. Jangan kecam saya. Saya tanya elok-elok,” tulisnya.
Pertanyaan tersebut ditanya kepada salah seorang pengguna Twitter untuk dihebahkan kepada pengikutnya.
Menerusi ruangan balasan, ramai yang memberikan pendapat kepada individu terbabit untuk tidak menghadiri konsert berkenaan.
“Janganlah sis... Berbahaya tempat sesak-sesak gitu kalau apa-apa hal jadi rumit main dengan crowd berpuluh riban macam tu. Janganlah risk.”
“Jangan even seated pun tak selesa. Panas gila dalam stadium tu. Last time pergi concert Billie basah satu baju and rasa nak pitam. Tu seated kalau standing zone lagilah. Yang pengsan depan mata ramai gila. Better tak payah pergi.”
Dalam pada itu, ada juga pengguna Twitter yang turut berkongsi tangkap layar mengenai fakta kesan bunyi bising kepada bayi dalam kandungan jika seseorang wanita hamil itu mengunjungi kawasan yang bising seperti konsert.
“Kak tanyalah doktor. Tapi ramai pakar pun tak galakkan. Bunyi bising tak bagus untuk unborn baby. Dorang akan stress dan mungkin jadi pekak. Bunyi boleh sampai pada mereka. Duk rumah rehat jer,” tulisnya.
Untuk rekod, konsert jelajah Coldplay: Music of the Sphere akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Sumber foto: Devon Divine (Unsplash)
Must-Watch Video