Laman Utama
Boleh Ke Orang Tak Tutup Aurat Tegur Orang Lain Supaya Tutup Aurat? Ini Jawapannya…
Jika seseorang itu tidak menutup aurat dengan sempurna, boleh atau tidak dia memberikan nasihat kepada individu lain supaya menutup aurat?
Mungkin persoalan itu kerap bermain di fikiran kita memandangkan sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan netizen yang tidak menjaga aurat dengan sempurna kerap memberi teguran terutama kepada golongan selebriti yang berpakai seksi atau tidak menyarungkan hijab.
Pendakwah bebas, Ustaz Adnin berkata, sungguhpun seseorang itu tidak menjaga aurat dengan sempurna, dia masih lagi boleh memberi teguran kepada mereka yang berpakaian seksi.
“Jawapannya boleh sebab dakwah itu wajib. Kita tak perlu tunggu dah sempurna baru nak buat dakwah.
“Cuma kalau kita sendiri tak amalkan apa yang kita cakap, dakwah itu akan menjadi tak berkesan,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Ustaz Adnin berkata, orang yang ditegur pasti memberikan reaksi negatif jika kita menyuruhnya melakukan hal yang kita sendiri tidak mahu lakukan.
“Contohnya, kita tidak menutup aurat tapi kita suruh orang tutup aurat. Confirm kita kena bahan balik. ‘Kau tak tutup aurat, suruh aku tutup aurat’.
“Jadi, dakwah yang cuba disampaikan itu tidak berkesan. Sebab kita sendiri tak amalkannya. Kalau nak dakwah kita berkesan, kita sendiri kena amalkan. Akhirnya, orang tak tengok apa kita cakap. Tapi tengok apa yang kita buat,” tutupnya.
Terdahulu, beberapa selebriti tempatan menerima kecaman yang teruk di media sosial susulan isu berpakaian seksi dan tidak mengenakan tudung.
Namun, ada dalam kalangan netizen yang memberikan teguran itu tidak mengamalkan apa yang ditegur, sehingga menyebabkan mereka diperli atau dikritik oleh netizen lain.
Must-Watch Video