gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Izzat Ibrahim Cantas Kedudukan Daniel Sher, Peluang Kedua Buat Ariel Fesol
HIBURAN
KRU Ukir Sejarah, Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records
GAYA HIDUP
#FinancialFaiz: Gagal Patuh Undang-Undang E-Hailing Malaysia, InDrive & Maxim Bakal Dihentikan Operasi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Boleh Keluar ‘Group’ WhatsApp Senyap-Senyap Tanpa Dikesan Ahli Lain

gempak
Gempak
10/08/2022
06:54 MYT
Sponsor Banner
Boleh Keluar ‘Group’ WhatsApp Senyap-Senyap Tanpa Dikesan Ahli Lain
Pengguna aplikasi WhatsApp kini boleh keluar dari ‘group’ atau kumpulan yang mereka tidak sukai tanpa dapat dikesan oleh mana-mana ahli yang lain.
Sebaik meninggalkan ‘group’, tiada lagi notifikasi berkenaan anda dipaparkan dalam ruang sembang dan notifikasi hanya akan diterima kepada pentadbir WhatsApp Group Sahaja.
Menurut pengendali aplikasi berkenaan, ciri terbaharu ini adalah tiga privasi baharu yang diperkenalkan WhatsApp dalam usaha melindungi privasi pengguna mereka.
Selain ciri tersebut, kemas kini terbaharu aplikasi itu juga membolehkan pengguna menetapkan siapa yang boleh dan tidak boleh melihat status dalam talian.
“Ciri ini boleh digunakan sekiranya seseorang tidak mahu diganggu dan hanya inginkan masa bersendirian atau memberi fokus pada kerja,” ujarnya.
Ciri ketiga pula adalah pengguna boleh menghalang kemampuan screenshot pada ciri mesej ‘View Once’.
Hal ini bermakna setiap kali anda menghantar imej kepada sesiapa dalam mode View Once, maka penerima tidak boleh melakukan screenshot dan fail media tersebut akan terus terpadam secara automatik.
Antara ciri menarik lain yang turut ditawarkan oleh WhatsApp adalah kebolehan memindahkan data WhatsApp Android ke iOS.
Bagaimanapun untuk mendapatkan ciri-ciri baharu tersebut, pengguna perlu mengemas kini terlebih dahulu aplikasi berkenaan menerusi Google Play Store dan App Store.
Sumber: Kosmo Online!
Topic Berkaitan
#Aplikasi WhatsApp
#Keluar group WhatsApp
#Leave group
Must-Watch Video