Laman Utama

“Boleh Sangat, Rasa Mudah Sikitlah” - Peniaga Burger Sahut Tawaran Bayaran Kompaun Daripada Neelofa

gempak
Azwa Rahman
28/04/2021
02:06 MYT
Sponsor Banner
“Boleh Sangat, Rasa Mudah Sikitlah” - Peniaga Burger Sahut Tawaran Bayaran Kompaun Daripada Neelofa
Peniaga burger yang dikompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi lebih dari masa ditetapkan di Kelantan bersyukur dan terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja termasuk pengacara dan usahawan, Neelofa.
Memetik satu temubual peniaga terbabit, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, bersama Astro AWANI, dia menyahut tawaran yang ingin dihulurkan oleh Neelofa untuk melunaskan jumlah kompaun yang dikenakan.
“Saya tak tahu nak kata apa. Boleh sangat (saya mengalu-alukan) kalau ada orang yang sanggup menolong.
"Rasa mudah (lega) sikitlah," katanya kepada pemberita.
Selain itu, Wan Mohd Faisal mengakui turut menerima pelbagai bantuan yang diberikan oleh firma guaman dan rakyat Malaysia antaranya berbentuk rayuan kes, sumbangan kewangan serta tempahan burger.
“Ada ramai juga yang buat amal dengan tempahan burger untuk diberikan kepada orang kampung.
“Ada yang minta nombor akaun untuk bantu bayar kompaun,” jelasnya lagi.
Pada Selasa, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor Neelofa, 32, memuat naik status IG Story memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger tersebut untuk pembayaran kompaun menerusi peguamnya.
BACA: Isu 'Burger Moreh', Neelofa Mahu Bantu Bayarkan Kompaun Abe Burger - "Ya Allah Ramainya Salah Anggap & Bersangka Tidak Baik"
Selain Neelofa, penyanyi rap Caprice turut tampil membantu dengan membuka tabung derma untuk meringankan beban yang menimpa Wan Faisal.
BACA: Perlu Bayar 5 Hari Sebelum Raya, Caprice Buat Tabung Bantu Peniaga Burger Kena Kompaun RM50K
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live