Laman Utama

Perlu Bayar 5 Hari Sebelum Raya, Caprice Buat Tabung Bantu Peniaga Burger Kena Kompaun RM50K

gempak
Syafiqah Jalal
27/04/2021
02:09 MYT
Sponsor Banner
Perlu Bayar 5 Hari Sebelum Raya, Caprice Buat Tabung Bantu Peniaga Burger Kena Kompaun RM50K
Penyanyi rap popular, Caprice menyatakan hasratnya untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu peniaga burger yang tular apabila dikenakan kompaun RM50,000.
Peniaga burger tersebut dikenakan kompaun oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kelantan pada Ahad.
Caprice yang menghubungi peniaga tersebut yang dikenali sebagai Faisal telah menyatakan hasratnya dan sedang menunggu persetujuan lelaki tersebut.
“Alhamdulillah guys kita dapat contact Abe Faisal. Kalau esok Abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund atau a public tabung untuk bantu settle kompaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya). InsyaAllah! Kita jaga kita,” katanya.
Caprice berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik temubualnya di dalam telefon bersama peniaga burger tersebut.
Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.
Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.
Difahamkan, mereka bergantung berpendapatan sepenuhnya terhadap hasil menjual burger dan berpindah daripada menjual burger di gerai di tepi jalan Tanjung Chat berikutan pandemik Covid-19 dan PKP sejak tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live