Berbakat besar! Itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan pempengaruh TikTok berasal dari Sabah dikenali dengan nama Sakinah vs Ondu.

Sering membuat live di TikTok dengan melakonkan pelbagai watak, bakat anak muda ini juga berjaya menarik perhatian pelakon hebat, Que Haidar.

Bukan calang-calang orang ya guys, it’s Que Haidar!

Paling menarik, Que juga turut menunaikan permintaan peminat di TikTok untuk melihatnya melakukan live bersama Sakinah.

Malah mereka berdua juga sudah mempunyai karakter masing-masing iaitu Mak Nora (Sakinah) dan Angah (Que).

Sakinah vs Ondu

Kebolehan Sakinah untuk menukar mood sekelip mata apabila diminta untuk melakonkan watak lain amat mengagumkan.

Melihat ekspresi Sakinah setiap kali bersiaran langsung maka tidak hairanlah mengapa Que juga memuji bakat yang ada pada Sakinah.

Bakatnya juga tidak terhad kepada lakonan, malah Sakinah juga memiliki suara yang bagus! Hebat kan?



Dalam perkembangan terbaharu, Sakinah kini berada di Kuala Lumpur dan telah bertemu Que pada Ahad.

Siaran live mereka berdua juga telah mendapat jumlah like melebihi tujuh juta.

Pertemuan mereka itu disambut baik oleh peminat dan rata-ratanya mencadangan serta menaruh harapan Sakinah dan Que dapat disatukan dalam sebuah drama komedi suatu hari nanti.

Di bawah merupakan antara gelagat Sakinah bersama Que sewaktu sesi live.

@quehaidar Takbur FM #amburfm ♬ original sound - queHAIDAR - Que Haidar
@joearyan___ #CapCut #sakinahvsondu #sakinahvsondu81 #sakinahonduofficial81 #lawakpecahperut #teammamasakinahvsondu @the_haidars @SAKINAHVSONDU ♬ original sound - Joearyan_
@ladybossamy Buka Buka mata jak Tekejut Johan tgk Mak???? #fyp #takbowrian #sakinahvsondu #quehaidar #johanashari ♬ original sound - LadyBoss_Amy?