Skip to main content

Selebriti

Tak Kedekut Ilmu, Jefri Nichol Kongsi Rutin Bentuk Badan - “300 Kali Tekan Tubi & Angkat Dumbel 10kg Setiap Hari…”

Tak Kedekut Ilmu, Jefri Nichol Kongsi Rutin Bentuk Badan - “300 Kali Tekan Tubi & Angkat Dumbel 10kg Setiap Hari…”

Sekilas

  • Pelakon Indonesia Jefri Nichol berkongsi rutin senaman dan tip untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan melalui perkongsian di Threads.
  • Jefri mencadangkan amalan puasa berselang, melakukan 300 kali tekan tubi setiap hari, dan latihan menggunakan dua dumbel 10 kilogram sebanyak 10 set setiap hari.
  • Jefri menyarankan hanya satu hari rehat atau cheat day dalam seminggu dan menjangka tempoh untuk capai sasaran adalah sekitar lapan bulan hingga setahun.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak lokek untuk berkongsi rutin senaman dan tip yang diamalkannya bagi mendapatkan bentuk badan cantik seperti yang dimiliki sekarang.

Menerusi perkongsian di Threads, Jefri tampil menjawab pertanyaan seorang individu yang ingin mengetahui tempoh masa diperlukan untuk mendapatkan bentuk badan sepertinya.

Advertisement

Malah, Individu berkenaan juga turut memaklumkan sudah lebih dua tahun menjalani latihan di gimnasium dan berjaya menaikkan berat badan daripada 48 kilogram kepada 62 kilogram.

Bagaimanapun, dia mendakwa berat badannya tidak menunjukkan perubahan sejak tujuh bulan lalu sebelum meminta pandangan Jefri mengenai perkara yang boleh dilakukan untuk mencapai sasaran tersebut.

“Jef, kira-kira berapa lama untuk mendapatkan bentuk badan seperti awak? Jujur sudah dua tahun lebih saya bermain gym.

Advertisement

“Berat badan saya sebelum gym adalah 48 kg, sekarang sudah 62 kg. Tapi tujuh bulan ini terus stuck. Agaknya apa yang perlu saya lakukan lagi?” soalnya.


Menjawab pertanyaan itu, Jefri kemudiannya mencadangkan beberapa rutin yang boleh dicuba.

Rutin itu termasuklah mengamalkan puasa berselang (intermittent fasting), melakukan 300 kali tekan tubi setiap hari serta latihan menggunakan dua dumbel seberat 10 kilogram seperti yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

“Berdasarkan analisis tidak masuk akal saya, rasanya abang perlu mencuba ‘intermittent fasting’ sampai bentuk badan dan berat yang disasarkan tercapai.

“Sambil melakukan 300 kali tekan tubi (push up) serta latihan menggunakan dua dumbel seberat 10 kilogram sebanyak 10 set setiap hari.




“Dalam seminggu, rest day satu hari sahaja sama dengan cheat day, sehari juga seminggu.

“Untuk tempohnya saya juga tidak tahu, mungkin lapan bulan atau setahun kalau ikut apa yang saya katakan ini. Sekurang-kurangnya, itulah apa yang saya lakukan ya,” jelasnya.


 


 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement