Laman Utama
Borong Makanan Peniaga Bazar Ramadan, Pengasas Produk Tak Berniat Nak Viral - "Saya Ikhlas... Sayu Tengok Peniaga Dalam Hujan"
Tular baru-baru ini sepotong video seorang lelaki yang muncul di sebuah bazar Ramadan di Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan membawa sejumlah wang dan membeli semua makanan peniaga di bazar terbabit.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, peniaga yang didatangi lelaki berkenaan kelihatan terkejut tapi pada masa sama gembira apabila hasil jualan dibeli dalam kuantiti yang banyak.
"Dia boleh pergi dekat orang yang meniaga dekat bazar tu, dia borong semua weh barang jualan orang tu, dan siap pesan suruh sedekahkan dekat mana-mana pengunjung yang hadir dekat bazar tu.
"Kalau korang sebagai peniaga pon mesti korang seronok kan. Alhamdulillah itu rezeki dia orang," ciap pemilik akaun @IsskndarAriffin.
Biarpun ada yang menyifatkan tindakan lelaki berkenaan sekadar untuk menunjuk-nunjuk namun ada yang berpendapat ia antara tindakan yang mampu menjentik hati ramai pihak ketika dunia dilanda musibah.Biasa lah kalau petang-petang sebelum tunggu waktu berbuka tu. Aku selalu lah jugak scroll news feed instagram, nak tengok posting-posting yang menarik. Tup-tup ternampak satu posting video ni dekat instagram brader ni. Korang nak tahu apa yang dia buat? pic.twitter.com/d1PTDb7XnQ— Isskandar Ariffin ?????? (@IsskndarAriffin) April 19, 2021
Jelas pengasas produk ESW, Iddin Syah, tindakannya yang tular di media sosial baru-baru ini sebagai tanda untuk menghargai golongan peniaga yang bersusah payah pada bulan Ramadan.
"Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini kerana niat saya ikhlas.
"Saya sekadar kongsikan video itu di IG personal saya sebagai content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yang baik kepada stokis dan ejen ESW.
"Kalau pengikut saya di IG melihat ia satu inisiatif yang baik, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah.
"Walaupun ada sebilangan kecil yang mengecam dan menganggap saya menunjuk-nunjuk, terserah apapun pendapat mereka kerana saya tahu itu bukanlah tujuannya," katanya.
Tambah Iddin Syah lagi, hatinya sayu setiap kali melalui bazar Ramadan dan melihat peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki.
"Setiap kali balik dari kerja melalui kawasan bazar ramadan, saya sayu melihat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki dalam keadaan hujan lebat.
"Memang banyak hari dah hujan berlaku waktu petang. Dalam hati 'Ya Allah kesiannya depa ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sebab PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat'.
"Macam manalah perasaan depa kalau juadah yang dijual tak habis sebab orang tak mai beli sebab hujan. Mesti depa rugi kan?
"Jadi saya pun cakap dengan team saya, jomlah kita pi bazar ramadan Seberang Jaya, saya nak buat kejutan dekat peniaga-peniaga bazar Ramadan.
"Saya harap peniaga-peniaga bazar Ramadan yang berada di pelusuk manapun tak pernah putus semangat untuk terus mencari rezeki yang halal.
"Terima kasih kerana bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yang tak sempat masak ekoran kesibukan kerja," ujarnya.
Must-Watch Video