Jenama susu tempatan terkenal Farm Fresh tampil dengan keluaran terbaharu iaitu susu berperisa pisang.

Menerusi laman sosial Instagram, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh dan juga pengasasnya, Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai bos susu berkongsi foto produk terbarunya itu untuk tatapan umum.

Bukan sahaja pakej luaran yang menarik dengan warna kuning terang, apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang digunakan oleh Azmi bagi mempromosikan susu terbaharunya itu.

“Annyeonghaseyo, susu pisang sebenar sudah mari. Lepas pekena sekotak, terus pandai cakap Korea.

“Dan anda lopa susu pishang yang lain,” tulisnya.

A post shared by Azmi Zainal (@azmizainalx)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya yang terhibur dengan cara bos susu bagi mempromosikan produk terbaharunya itu.

Malah, ramai juga yang sudah tidak sabar untuk mencuba susu pisang keluaran jenama yang mula mendapat tempat sejak menjadi penaja utama program Gegar Vaganza ini.

Pergh, ini baru susu. Insyallah laris kaw kaw nanti,” komen seorang wargamaya.

Wow janji harga tak melayu sangat,” kata seorang wargamaya.

Mantop, terus lopa susu pisang lain. Pishangggg,” tulis seorang wargamaya.

Terbaik bos susu. Tang lopa tu yang tak tahan tu,” ujar seorang wargamaya.

Ramai dah PM, semua tak sabar dah bos,” komen seorang wargamaya lagi.