Tempoh perlaksanaan ‘lockdown’ yang disambung ketika ini pastinya menjadi masa paling sesuai untuk melayan atau ‘binge-watch’ drama atau filem terbaru di televisyen.

Berita gembira buat semua, Astro kini membawa beberapa seleksi drama termasuk filem dokumentari.

Bukan satu dua, sebaliknya Astro membawa tujuh karya baru yang mampu menemani tempoh ‘lockdown’ anda.

Antara yang menariknya adalah Ahli Bapak-Bapak Club, DC Legends of Tomorrow, Let Them All Talk dan Framing Britney Spears.

Untuk peminat K-Drama pula anda boleh ‘binge-watch’ Penthouse 3 dan Voice 4.

Paling terbaru dalam kesemua senarai ini adalah Gossip Girl yang bakal tampil dengan barisan pelakon dan watak serba baru.

Antara yang bakal memeriahkan kehidupan remaja elit ini adalah Emily Alyn Lind, Tavi Gevinson, Whitney Peak, Eli Brown, Johnathan Fernandez, Jordan Alexander, Savannah Smith, Evan Mock, Jason Gotay, Thomas Doherty, Adam Chanler-Berat, Savannah Smith dan Zion Moreno.

Pelanggan Astro boleh menonton siri ini pada 8 Julai (Khamis) jam 5 petang, sama dengan waktu US secara On Demand atau melalui Astro Go dan HBO Go.

Anda boleh lihat trailer drama ini di bawah:


<