Skip to main content

Berita Antarabangsa

Bride Perkenalkan Pelitup Separuh Muka, Sesuai Buat Kaki Kereta

pelitup-separuh-muka-bride-mi_1.jpg

Kalau sebut jenama Bride, sudah pasti ramai kaki ubah suai mengenali produk yang terkenal dengan kerusi bucket atau perlumbaan.

Bagaimanapun, sejak penularan wabak pandemik Coronavirus kebelakangan ini, syarikat berkenaan menghasilkan produk baharu itu pelitup separuh muka.


Pelitup separuh muka, BR3D itu mempunyai empat lapisan termasuk poliester, kain pelindung U dan lapisan luar yang terbuat daripada bahan lebihan material kerusi.

Menurut BRIDE, permukaan dalamannya tetap sejuk berbanding topeng standard. Talinya pula diperbuat daripada material satin yang boleh diubah panjangnya sekali gus memberi keselesaan apabila diletak pada bahagian telinga dan pada masa sama ia boleh dibasuh untuk mengekalkan kebersihannya.


Bagi membezakan dengan pelitup separuh muka yang lain, ia mempunyai logo Bride pada bahagian hadapan. Harganya pula, mencecah ¥3,300 (RM131). Jadi buat peminat JDM di Malaysia, ini pelitup separuh muka yang anda perlu cari.

Namun, menerusi carian penulis dalam laman sesawang Bride-Store.jp, ia sudah pun habis dijual. Sayangnya…


 

Topik Berkaitan

Advertisement