Skip to main content

Hiburan

DJ Kidd Sifatkan Diri Beruntung, Sebak Kongsi Kisah Percintaan Bersama Emma Maembong - “Dia Banyak Bantu & Sokong Saya”

DJ Kidd Sifatkan Diri Beruntung, Sebak Kongsi Kisah Percintaan Bersama Emma Maembong - “Dia Banyak Bantu & Sokong Saya”

Sekilas

  • DJ Kidd menganggap hubungan dengan Emma Maembong sebagai rezeki dan menghargai sokongan yang diberikan walaupun berdepan pandangan negatif orang luar.
  • Dia mengakui pernah ragu-ragu dengan kedudukannya sebagai pasangan Emma tetapi berasa bertuah kerana Emma menghargai keperibadian lebih daripada kemewahan.
  • Hubungan mereka menjadi perhatian sejak setahun lalu, pernah berpisah pada Mac, namun kembali menjadi bualan selepas foto bersama tular pada Jun lalu.
Advertisement

Teman lelaki kepada pelakon, Emma Maembong iaitu DJ Kidd menyifatkan hubungan mereka sebagai satu rezeki ditambah pula dengan sokongan yang diberikan pelakon itu buatnya meskipun mereka berdepan dengan tanggapan negatif orang luar.

Malah pemilik nama Nur Irfan ini memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika menjadi perhatian umum kerana menjalin hubungan cinta dengan Emma.

Advertisement

“Saya okay saja, dia (Emma) banyak memberi rezeki. Emma adalah punca rezeki saya.

“Emma banyak bantu dan menyokong saya, walaupun ramai orang merendahkan saya tetapi hanya Allah yang tahu.

“Saya akan buat yang terbaik untuk Emma. Doakanlah yang terbaik untuk kami,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

DJ Kidd berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 pada Ahad.

Berkongsi lanjut, DJ Kidd mengakui pernah meragui kedudukannya sebagai pasangan Emma tatkala memikirkan tanggapan orang terhadap dirinya.

Walau bagaimanapun, DJ Kidd meluahkan rasa beruntung kerana mempunyai Emma yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang sangat menghargai keperibadian berbanding kemewahan.

“Sebelum ini ramai orang yang pandang rendah dengan saya. Saya selalu tanya tak rasa rendah darjat ke kalau berkawan dengan saya.

“Emma adalah seorang wanita yang tidak memandang harta. Dia lebih mementingkan hati budi dan orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya.

“Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Saya akan menjaga hatinya, jangan bagi dia sedih dan berikan perhatian buatnya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, pernah mengakui sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd.

Hubungan mereka mula menjadi bualan ramai sejak setahun lalu sebelum DJ Kidd pada Mac lalu mendedahkan bahawa dia dan Emma tidak lagi bersama.

Menerusi satu hantaran di media sosial, DJ Kidd menjelaskan perkara itu selepas sering menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun, pada Jun lalu, pasangan itu kembali menjadi perhatian selepas foto mereka berdua tular di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement