,
Laman Utama

Brilliant! Hatta Dolmat Tampil Dengan Koleksi Kain Perca! – “Daripada Buang Ke Tempat Pelupusan Sampah, Lebih Baik Saya…”

Fiza Kamarudin
13/09/2020
23:05 MYT
Bertitik tolak dengan kebimbangan lambakan sisa tekstil di tapak pelupusan sampah sebanyak 195,300 tan setahun, pereka fesyen Hatta Dolmat tampil dengan koleksi yang diperbuat daripada kain perca untuk kelestarian alam sekitar.
Hatta yang mula berjinak-jinak dengan fesyen lestari sejak 2015 berkata beliau telah menghasilkan hampir 200 topi 'bucket' selain aksesori beg 'pouch' menerusi kaedah upcycle.
Kaedah tersebut ialah, menggunakan semula barangan terpakai tanpa sebarang proses kimia, sekali gus mengurangkan pengeluaran karbon atau sebarang bentuk pencemaran.
"Mula-mula sebab rasa sayang dengan perca kain daripada satu koleksi yang materialnya saya lukis sendiri.
“Jadi saya mula berfikir daripada buang ke tapak pelupusan sampah, lebih baik saya jadikan perca kain ini kepada satu produk lain.
"Kemudian saya juga mula berfikir impak lebihan kain perca dan sisa tekstil yang memakan masa sehingga 200 tahun untuk diuraikan di tapak pelupusan sampah dan mencemarkan alam sekitar," katanya.
Hatta yang berpengalaman 15 tahun dalam industri itu berpendapat pereka fesyen kini bukan hanya bertanggungjawab mencipta busana indah tetapi perlu mempunyai etika dan prihatin terhadap kesan jangka masa panjang terhadap setiap penghasilan pakaian.
"Saya melihat industri fesyen kini tidak lagi seperti dahulu yang berpaksikan kepada populariti dan dunia selebriti sebaliknya ia kini sebuah industri mega yang turut menjadi sumber utama janaan ekonomi negara dan telah menjadi sebagai antara industri pengeluar sisa pepejal terbesar dunia.
"Saya melihat ia sebagai satu isu yang serius dan sekiranya saya tidak mengambil langkah awal untuk memberikan kesedaran kepada pereka lain terutamanya pereka muda, saya bimbang industri ini akan terus menjadi penyumbang sampah terbesar dunia," katanya yang juga terinspirasi dengan jenama fesyen antarabangsa yang telah mengambil langkah berkenaan lebih awal.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.
Hiburan

Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

gempak
04/09/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan isu pereka fesyen didakwa menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000,.
Hiburan

Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

gempak
28/08/2024
10:25 MYT
Tengah sedap-sedap hirup kopi panas petang tadi, Miss K dapat mesej daripada bestie Miss K, Cik Kuntum Parabola nak sharing gosip.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.