Sejak kerjasama antara Astro Shaw dan pemegang harta intelek Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd diumumkan tahun lalu, rata-rata ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan siri animasi popular itu diangkat ke layar perak.
Hal ini dapat dilihat selepas foto scene outline bagi naskhah yang bakal diangkat ke layar perak itu dimuat naik oleh penulisnya, Anwari Ashraf.
BACA: 26 Tahun & Masih Ikonik! Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Layak Jadi Hero?
“Bringing ‘Binawe’ back,” tulisnya ringkas.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa teruja terhadap perkongsian yang dibuat oleh Anwari, termasuk rakan-rakan artis.
Terdahulu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro Shaw amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dengan Iconic Animation Studio dalam mengangkat karya animasi legenda itu ke pentas yang lebih besar.
Keluang Man merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir 90-an dan awal 2000. Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail bersama pengasas dan Pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor dan pertama kali ditayangkan pada 1998.
BACA: Google Doodle Kenang Pencipta Keluang Man, Ini Empat Fakta Menarik Tentang Allahyarham Kamn Ismail
Mempunyai tujuh musim dengan lebih 140 episod, Keluang Man menampilkan jalan cerita unik yang mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi.
Watak adiwira itu tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi. Rentetan daripada reaksi positif peminat dan penonton sejak animasi itu ditayangkan, terdapat banyak permintaan untuk mengembangkan lagi animasi kegemaran ramai ini.
Izwan Isa
Thu Jun 01 2023


Universiti Di Ireland Tawar Ijazah Jadi Influencer
Jangan terkejut tapi laporan ini benar.
Nabila Razali Boyish? Insomniacks Bongkar Bestfriend Ajak Kahwin? | Motif Trending
Baru tahu Nabila dulu boyish rupanya. Lelaki pun takut nak ngorat tau. Tapi betul ke Danial Insomniacks kecewa BFF sendiri tak ajak ke majlis kahwin? Apa jadi? Jom layan full interview sekarang!
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu

TFight Festival Lakar Sejarah Di Malaysia Book of Records, Berjaya Himpun 20,000 Pengunjung!
Langkah proaktif memperkenalkan sukan patuh syariah!

Lelaki Ini Berjanji Pakai Selipar Ke Pejabat Kalau Ameera Khan Tunaikan Permintaannya
Janji apa tu?

GV10: “Terpaksalah Dijahit Celah Kangkang I Tu Sambil Berdiri” - Aishah
Momen tak boleh dilupakan!

Tunggu Sampai Seru, Eyka Farhana Tak Tolak Bersuamikan Akhyar Rashid
Eyka nak fokus karier.

“Takut Reput Je Muka Hang…” - Che Ta Tegur Aaisyah Sebab...
Alahai comel je Aaisyah...

"Kau Pantau Sikit Handphone Aku..." - Ira Kazar Jawab Tuduhan Buat Akaun Palsu Ganggu Puteri Sarah
Ira tak buat akaun palsu la...
Peraduan Sepahtu Reunion Live Tour

Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang
Sedap ke?