Laman Utama
Britney Spears Bakal Bebas...Selebriti Hollywood Bersorak Gembira!
Selepas 13 tahun, bapa Britney Spears, Jamie Spears akhirnya mengalah dan bersetuju untuk tidak lagi menjadi penjaga (conservator) kepada penyanyi berkenaan.
Ekoran itu, rakan-rakan industri Hollywood berasa gembira dengan 'kebebasan' yang bakal dinikmati Britney.
Antara yang mengekspresikan kegembiraan adalah Paris Hilton, Cher dan Charisma Carpenter.
"Saya sangat gembira mendengar berita ini, perkara ini sudah berlarutan lama.
"Saya gembira Britney akhirnya akan diberi kebebasan," tulis Paris Hilton di Twitter.
"Jamie Spears telah mengundur diri daripada menjadi penjaga, kemenangan buat Britney," coret Charisma Carpenter di platform sama.
"Kalau saya jadi Britney, saya akan dapatkan bantuan forensik, saya sangat gembira untuk dia," kongsi penyanyi legenda Cher juga di Twitter.
Terdahulu, Britney mengejutkan dunia dengan pengakuan kepada Mahkamah Los Angeles mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk kerana kehidupan dikawal seperti hamba oleh bapa sendiri.
Britney merayu kepada hakim Brenda Penny untuk dibebaskan daripada telunjuk bapanya yang mengawal hidup serta kekayaan miliknya bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu.
Tidak lama selepas itu, Hakim Brenda Penny memberi kebebasan kepada Britney untuk memilih peguam sendiri dalam kes rayuan menyingkirkan bapanya sebagai penjaga.
Antara selebriti terkenal lain yang pernah memperjuangkan nasib Britney termasuklah Mariah Carey, Madonna, Christina Aguilera dan ramai lagi.
Sumber: HollywoodLife
Kredit Foto: Amazetify
Must-Watch Video