Laman Utama

Britney Spears Buka Mulut Isu Cerai, Akui Media Sosial Dunia ‘Tipu-Tipu’

gempak
Maliah Surip
20/08/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Britney Spears Buka Mulut Isu Cerai, Akui Media Sosial Dunia ‘Tipu-Tipu’
Bintang sensasi dunia, Britney Spears akhirnya membuka mulut selepas isu rumah tangga dengan Sam Asghari berdepan kemusnahan.
Buat pertama kali Spears mengaku kemesraan atau keintiman yang dipamerkan bersama suaminya teruatam dalam Instragram adalah jauh daripada sempurna.
Penyanyi lagu Toxic itu juga mengatakan dia berusaha terlalu keras untuk mempamerkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina setahun lalu meski itu bukan realitinya.
“Saya bukan untuk menjelaskan apapun di sini kerana sejujurnya ia bukan masalah kalian (cerai).
“Tapi selama ini saya terlalu berusaha keras dan apa yang dilihat dalam Instagram nampak sempurna namun hakikatnya ia jauh dari realiti. Dan saya rasa anda semua tahu itu,” tulis Spears di akaun rasminya buat pertama kali seperti dilaporkan media antarabangsa.
Spears juga mengatakan selama ini dia teringin untuk mempamerkan emosi dan kesedihan yang dirasakan namun tidak dapat berbuat demikian.
“Saya sangat ingin menunjukkan emosi dan kesedihan tapi atas beberapa alasan saya menyembunyikan kelemahan itu,”katanya lagi.
Meski demikian, Spears mengaku dia telah bertahan dan agak berjaya menjadi seorang yang kuat.
Terdahulu Asghari, 29, mendedahkan mahu bercerai daripada wanita berusia 41 tahun tersebut selepas enam tahun bercinta.
Asghari mendakwa Spears antaranya selalu gagal mengawal emosi dan sering memukulnya.
BACA: Perkahwinan Berakhir, Suami Dakwa Dipukul & Britney Spears Simpan Pisau Dalam Bilik Tidur​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live