Penyanyi Bruno Mars hampir membolot semua anugerah di Grammy Award 2018 apabila memenangi tiga kategori utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik dalam acara yang berlangsung di Madison Square Garden, New York City, New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Menerusi Rakaman Terbaik, lagu nyanyiannya 24K menewaskan empat penyanyi lain termasuk The Story of O.J. nyanyian Jay-Z.

Bagi kategori Album Terbaik menerusi 24K Magic, dia sekali lagi menewaskan Jay-Z.

Bruno turut mengungguli kategori Lagu Terbaik menerusi That’s What I Like menewaskan empat penyanyi lain termasuk Despacito Remix (Justin Bieber, Luis Fonsi, Daddy Yankee)

Sementara itu, penyanyi Ed Sheeran pula berjaya membawa pulang dua trofi menerusi kategori Persembahan Pop Solo Terbaik (Shape Of You) dan Album Pop Vokal Terbaik (Divide).

Manakala, Alessia Cara yang popular dengan lagu Scar To Your Beautiful berjaya memenangi kategori Artis Baharu Terbaik.

Sumber: News Sky