Naskhah fenomena Friends dipastikan akan menemui penonton pada 27 Mei mendatang di HBO Max.
Selain menampilkan kesemua enam pelakon asal, Friends: The Reunion juga akan tampil dengan banyak bintang tamu yang akan memeriahkan karya yang telah menjalani penggambaran lebih setahun lalu, namun tertunda kerana pandemik COVID 19.
Antara nama besar yang diumumkan ikut 'bermain' di Friends: The Reunion adalah BTS, Justin Bieber, Lady Gaga, Cindy Crawford, Cara Delevingne dan David Beckham.
Jennifer Aniston yang cukup ikonik dengan siri tersebut melalui Instagramnya, bangga mengumumkan kembalinya mereka ke layar lebar.
"Rasmi! #FriendsReunion tayang perdana 27 Mei di HBO Max," tulis Aniston di kolum kapsyen.
Lisa Kudrow pula mencatatkan dengan ringkas: "Akhirnya kami kembali bersama."
Sementara Courteney Cox pula bersyukur kerana projek tersebut menjadi realiti.
"Saya rasa bersyukur kerana dapat kembali bersama Friends. Ini adalah hal yang terbaik," katanya.
Tidak hanya Aniston dan dua pemain utama siri ini, akaun rasmi HBO Max juga membuat pengumuman yang sama. Dalam pengumuman itu, HBO Max memperkenalkan bintang tamu yang akan menguatkan lagi Friends: The Reunion.
Bukan sekadar Lady Gaga, Elliot Gould dan Kit Harington, nama besar lain yang memeriahkan naskhah ini termasuklah Larry Hankin, Mindy Kaling, Thomas Lennon, Christina Pickles, Tom Selleck, James Michael Tyler, Maggi Wheeler, Reese Witherspoon, dan Malala Yousafzai.
Friends: The Reunion yang dibintangi Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, dan David Schwimmer ini disutradarai oleh Ben Winston.
Kredit Foto: Warner Bros
Maliah Surip
Fri May 14 2021
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.