Laman Utama

Buah Tangan Pertama Sebagai Pengarah, Zizan Razak Gementar Nak Jayakan ‘Heistdilfitri’ - “Kali Ini Saya Rasa Sendiri Tanggungjawab Besar…”

Asyikin Mayudin
21/04/2023
07:50 MYT
Pertama kali memikul tanggungjawab seorang pengarah, pelakon Zizan Razak mengakui dia berasa gementar ketika mengarah telefilem Heistdilfitri.
Menurut Zizan, dia menggunakan segala pengalaman berlakon bersama pengarah-pengarah hebat seperti Syafiq Yusof untuk menjayakan telefilem pertamanya itu.
“Sudah tentu perasaan gementar itu ada, pertama kali minta pelakon lain buat itu dan ini. Selalunya saya yang sedia terima arahan untuk menjayakan sesuatu watak.
“Alhamdulillah saya banyak gunakan pengalaman berlakon dengan pengarah-pengarah hebat seperti Syafiq Yusof. Tapi sebenarnya banyak lagi yang saya kena belajar.
“Insya-Allah kalau kita berusaha boleh jadi bagus macam mereka,” kata Zizan kepada Gempak.
Zizan bergandingan dengan pelawak Issey Fazlisham sebagai pengarah bersama Heistdilfitri yang bakal ditayangkan pada Syawal kedua, pukul 10 pagi di Astro Ria.
Syukur barisan pelakon banyak membantu di set penggambaran, Zizan berkata bukan mudah untuk menjadi pengarah dan dalam pada masa sama turut berlakon dan menerbit.
“Saya syukur semua pelakon sangat profesional dan banyak bantu di set penggambaran. Sebagai pengarah yang baru belajar, saya banyak berbincang dengan Issey.
“Selain itu ada juga tanya pendapat pelakon-pelakon lain. Pendek kata, kali ini saya rasa sendiri tanggungjawab yang besar sebagai pengarah, pelakon dan penerbit drama.
“Selalunya kita fikir berlakon saja. Banyak benda yang kita perlu pertimbangkan bila nak menjayakan sesuatu projek ini,” ujarnya.
Telefilem istimewa Syawal itu turut dibintangi oleh Shikin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida dan Jihaa Sham.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

Debaran Kemuncak Konsert Final THSS: Ini Harapan Dan Ucapan Barisan Juri The Hardest Singing Show

gempak
13/07/2024
07:55 MYT
Konsert akhir itu bakal menyaksikan Stacy, Aisha Retno, Ayda Jebat, Putera Muhammad, Aepul Roza dan Zizie Kirana bersaing merebut gelaran juara.
Hiburan

Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”

gempak
23/03/2024
01:55 MYT
Berjaya merealisasikan impian ibu untuk memiliki sebuah kereta berjenama mewah, pelakon dan pelawak, Zizan Razak tidak pernah menjadikan material sebagai salah satu cara menggembirakan hati ibu bapa. Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 40, pemberian kereta baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya
Laman Utama

Zizan Razak Dilantik Panel Juri Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6 - "Dia Versatil, Pelakon Bertaraf Dunia"

gempak
27/06/2023
09:55 MYT
Tahniah Zizan Razak!
Laman Utama

#MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”

gempak
10/06/2023
09:50 MYT
Adlin anggap Zizan lebih layak jadi mentor.
Laman Utama

#PE3: Syatilla Tak Sangka Zizan Terfikir Puting 'Kuyu' Sam - "Aku Hari-Hari Tengok Tak Larat Dah..."

gempak
01/06/2023
01:55 MYT
Syatilla pun tak perasan.