Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna diketahui menjalani pembedahan plastik pada bahagian muka baru baru ini.

Hal ini terungkap selepas Lucinta mengemas kini media sosialnya dengan memuat naik keadaan dirinya yang berbalut pada bahagian kepala menutup sedikit wajahnya sambil duduk di kerusi roda.

Biar bukan pembedahan plastik pertama, namun ada yang unik pada tindakannya kali ini.

Tanpa segan silu dia menulis di akaun @lucintaluna_manjalita.: “Good bye LUCINTALUNA.”

Rupa rupanya kata Lucinta, dia mahu memiliki wajah mirip pesohor Lisa Blackpink. Menurut Detik.com juga, pembedahan dilakukan di Korea Selatan.

Dia memaklumkan bakal kelihatan seperti Lisa Blackpink apabila ditanya oleh netizen dalam laman sosialnya.

Namun, sehingga artikel ini ditulis, Lucinta yang dipercayai seorang lelaki dengan nama sebenar Muhammad Fatah itu belum memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai tindakan dan prosuder bedah plastik yang dilakukannya.

Malah ada yang mengesyaki Lucinta sebenarnya tidak berada atau melakukan pembedahan plastik di Korea, sebaliknya berada di Indonesia berdasarkan kerusi roda dan situasi pandemik yang masih belum membuka sepenuhnya sempadan negara.

foto Lisa Blackpink: Vanityfair