Laman Utama
Buat Kali Pertama, Sharnaaz Ahmad Buka Puasa Dengan Jebat Jayden - "Indah, Sangat Indah"
Bulan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, apabila dapat berbuka puasa buat kali pertama dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad pada 17 April lalu.
Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata momen terindah bersama itu diabadikan di kediamannya.
"Ya.. itu kali pertama dapat berbuka dengan Jebat sejak dia lahir. Indah, sangat indah.
"Kita semua kan tengah berpuasa, Jebat ajak ja makan sekali nak suapkan," katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Tambah pelakon filem Polis Evo 3, dia seronok melayan telatah Jebat yang kini suka menyanyi dan menari.
"Jebat suka menyanyi dan menari. Bila dengan Jebat, memang nampak sisi saya yang lain sebab saya sekali kena menyanyi.
"Memang kalah la, Jebat mesti nombor satu," kata Sharnaaz.
Dalam pada itu, anak kelahiran dari negeri Pulau Pinang akui mudah untuk menguruskan Jebat kerana dia seorang anak yang baik.
"Jebat senang saja nak urus tapi biasalah ada mood swings. Kalau mood swings payah sikit la.
"Bila Jebat dekat rumah saya memang saya akan uruskan dia termasuk mandikan dan beri dia makan sambil dibantu pengasuh, Ika," katanya lagi.
Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video