Skip to main content

Trend Pasaran

Buat Konten ‘Lip Sync’ Dialog, Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen - “Zul Ariffin Versi India”

astrogempak_zul-ariffin-india.jpg
Advertisement
Seorang lelaki berbangsa India berjaya meraih tumpuan ramai setelah rupa parasnya disamakan dengan pelakon Zul Ariffin.

Lip sync dialog Zul Ariffin

Menerusi hantaran di platform TikTok, jejaka yang dikenali dengan nama James memuat naik konten ‘lip sync’ dialog Zul Ariffin dalam drama Titian Cinta.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah James yang dikatakan seiras dengan aktor filem Sheriff tersebut.

@james_arokisamy Garangnya!!???✨ #malaydialogue #tiktokmalaysia ♬ original sound - ஜேம்ஸ் ஆரோக்கிசாமி

“Weh! Muka dia sama macam Zul Ariffin, tapi versi India.

“Kalau Zul Ariffin tak sihat nak shooting, boleh ganti abang ni.

“Boleh berlakon jadi adik beradik.

“Zul Ariffin in another universe," komen beberapa netizen.
 

 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement