Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping foto bersama pengacara dan usahawan fesyen terkenal Neelofa di rumahnya pada Ahad.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman berkongsi foto tersebut yang turut disertai anak lelaki dan sahabatnya Faizul untuk tatapan umum.

“Dekat dah ni,” tulis Rizalman ringkas di ruangan IG Story miliknya.



Menerusi perkongsian itu lagi, Neelofa manis mengenakan niqab berwarna krim sedondon memeluk erat anak angkat Rizalman, Aali Nail, 8 tahun.

Namun apa yang menariknya, Rizalman turut berkongsi maklum balas yang diterima daripada wargamaya gara-gara kunjungan Neelofa tersebut.

Ramai yang mengusik kehadiran Neelofa adalah bertujuan melantik Rizalman sebagai perunding perkahwinannya kelak.

“Tak sabar nak tengok susun atur majlis Hajah Lofa nanti. Mesti datuk susun patuh syariah punya kan Lofa dah berpurdah, laki pulak ustaz,” kata seorang wargamaya.

“Ke sebenarnya datuk yang berjodohan dengan Lofa? Atau dia datang bincang dengan Glamweddings?” usik seorang wargamaya.

“Semoga Lofa dan datuk diijabkabulkan dan bahagia ke anak cucu. Akan lahirlah satu ikon fesyen yang menggemparkan dunia nanti,” luah seorang wargamaya.

“Datuk jadi perunding perkahwinan Neelofa ke?” tanya seorang wargamaya.

“Datuk takde video ke macam mana Neelofa makan selak niqab,” komen seorang wargamaya.

“Neelofa hantar kad kahwin ke datuk? Muka datuk macam baru lepas nangis je,” usik seorang wargamaya lagi.

Neelofa menerusi akaun Instagramnya pula berkongsi beberapa keping foto berniqab terbaharunya yang telah menerima pelbagai maklum balas positif.

New week, new opportunities, new mindsets!

A post shared by Neelofa (@neelofa) on


Sehingga kini, foto Neelofa tersebut telah menerima hampir setengah juta tanda suka daripada wargamaya walaupun baru dua jam dimuat naik.

Khamis lalu, pengacara program Next To Neelofa itu membuat keputusan untuk mengenakan niqab sebagai penampilan terbarunya.

Dia memohon agar semua peminat dapat mendoakan perjalanan barunya itu dan kekal istimaqah.