Peribahasa Melayu pernah menyebut, masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan.

Itulah yang dapat dilihat menerusi satu entri di media sosial baru-baru ini di mana seorang majikan membuat pemeriksaan terhadap waktu masuk kerja pekerja-pekerjanya.

Majikan Kecewa Staf Masuk Kerja Lewat

Menerusi video terbabit, majikan itu difahamkan meluahkan rasa kecewa apabila rata-rata pekerjanya tidak menepati masa dan hadir lewat ke pejabat.


Netizen Beri Pendapat

Bagaimanapun, posting itu menerima kecaman warganet apabila majoriti meminta majikan berkenaan turut menunjukkan contoh yang baik terhadap stafnya.

"Sebagai majikan kalau kau nak pekerja ada dekat pejabat awal, pastikan juga mereka dah ada dekat rumah tepat habis syif. Tolong bertimbang rasa. Jangan pentingkan diri.

"Ada majikan suka pekerja kerja lebih masa tak bayar overtime (OT), lepas tu bising kalau datang lambat 10 ke 20 minit.

"Sebagai majikan, kalau kau nak pekerja masuk tepat waktu, pastikan kau juga konsisten masuk tepat masa. Kepimpinan melalui teladan," tulis warganet.

Dalam pada itu, ada juga yang mengkritik sikap staf yang tidak menjaga waktu kehadiran ke tempat kerja.

"Kau dibayar dari sekian masa ke sekian masa, jadi kalau tak boleh nak datang awal, pastikan datang tepat pada masanya. Ni pun ada masuk hampir pukul 11 lepas tu nak rehat pukul 1,"

"Apa benda tak lah, kontrak cakap jam 9, masuk la pukul 9. Takkan pukul 9 baru gerak dari rumah,"

"Benda dah ada waktu bekerja yang ditetapkan, ikut jelah. Rasa tak boleh buat, berhenti!"

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih lebih 500,000 tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
BERITA TRENDING: Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!


Sumber: Platform X