Hiburan

“Kalau Tiada Perkara Baik Nak Buat, Pergi Dengar Ceramah Ustazah Ke Apa…” - Fathia Latiff

gempak
Umirah Halim
16/05/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Tiada Perkara Baik Nak Buat, Pergi Dengar Ceramah Ustazah Ke Apa…” - Fathia Latiff
Gara-gara berang setiap hantarannya dikritik warganet, pelakon Fathia Latiff tampil memuat naik video respon di Instagram Story.

Jangan berdebat

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia, 37 meminta agar netizen tidak berdebat di ruangan komen hantarannya.
“Kalau tak suka lihat post saya di Instagram, korang tak perlu nak berdebat pada ruangan komen saya sebab annoying, so just move on sahaja,” katanya.

Dengar ceramah

Malah, Fathia turut sempat memberi cadangan agar individu yang sering meninggalkan komen negatif di hantarannya untuk mendengar ceramah.

“Kalau korang takda benda berfaedah korang nak buat, korang pergi dengan ceramah ustazah, macam korang ni baik sangat nak komen pasal orang lain

“Sebab saya tak boleh dengan orang yang acah-acah baik ni, korang pun belum tentu masuk syurga jadi jangan lah sibuk.
“Boleh nasihat tapi jangan nak menghina,” tambahnya lagi.
Terdahulu, perkongsian foto Fathia yang berpelukan bersama seorang lelaki berjaya menarik perhatian netizen.
Isu ini timbul apabila Fathia sering memuatnaik foto bersama lelaki yang berbeza menyebabkan netizen keliru tentang siapakah sebenarnya kekasih aktres tersebut.

Berita Trending: “Puaka Miang” - Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Yang Mula Goda…

Berita Trending: Pernah Berkolaborasi Dengan Ruhainies, Aliff Syukri: “Dah…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live